Tuesday, June 22, 2010

Dompet Ku Hilang!

21hb Jun 2010 ialah tarikh aku telah kehilangan dompetku. Alkisahnya terjadi bila aku bergegas-gegas ke Mid V daripada tempatku bekerja di Seksyen 13, PJ. Setibanya aku di Mid V, aku pun mengeluarkan duit RM8 untuk membuat pembayaran kepada pemandu teksi. Kebiasaannya selepas aku keluar dari teksi, aku akan mengambil masa untuk memastikan tiada barang yang tertinggal. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam. Tapi pada masa tersebut, aku masih belum perasan dompetku hilang lagi sehinggalah sewaktu ingin membuat pembayaran di restoran Kenny Roger barulah aku mendapati dompet ku hilang. Hati-hatiku berdegup semakin kencang. Tidak!!!! Nasib baiklah masa tu ada Syuk and Mac. Terpaksalah aku telefon bank aku untuk sekat transaksi kad ATM dan kad kredit aku. Malam tu juga aku terus ke balai polis Mid V untuk membuat laporan. Berikut ialah barang-barang yang hilang dalam dompet tu:
1. Kad pengenalan
2. Kad ATM Maybank
3. Kad ATM CIMB
4. Kad ATM RHB
5. Kad kredit HSBC
6. Kad Kredit CIMB
7. Kad kredit Aeon
8. Kad keahlian Red Box
9. Kad keahlian Isetan
10. Kad keahlian Tesco
11. Wang tunai berjumlah RM80



Keesokan paginya iaitu pada 22hb Jun 2010, aku mengambil cuti EL. Pada pukul 930 pagi, aku ke Maju Junction untuk membuat kad pengenalan baru. Proses untuk membuat kad pengenalan sangat singkat sebab tidak ramai orang yang datang ke situ. Jadi aku tak perlu menunggu lama untuk proses pendaftaran. Pegawai JPN tu mengambil semua dokumen keterangan laporan polis yang aku buat semalam. Pegawai tersebut pun memberi tahu jumlah yang perlu di bayar. Sebaik sahaja dia memberitahu, aku pun terkejut, “Apa RM110?”. Ya, tulah jumlah yang perlu aku bayar wahai kawan-kawanku semua. Aku cuma berbekal RM100 je pada masa tu. Itu pun sebab ada orang pinjamkan duit kepadaku. Terima kasih dengannya sebab tanpa dia aku tak tau nak buat apa. OK, berbalik kepada pembayaran tu, pegawai tu pun memberi berkata, “Kalau encik tak dapat buat membuat bayaran sebanyak tu, encik boleh membuat bayaran sebanyak RM5 sahaja dahulu. RM110 tu boleh dibuat selepas menuntut kad pengenalan encik nanti. Tapi untuk pedaftaran offline ni, encik kena tunggu 6 bulan untuk dapat kad pengenalan baru encik. Paling cepat pun 3 bulan.” Aku pun terbeliak biji mata bila mendengarnya. Apa 6 bulan? Gila ke apa? Patutkah deorang buat aku macam ni? Nampaklah sangat kerajaan makan duit rakyat. Cekik darah betullah! Tak patutlah deorang buat macam ni!



Selepas urusan pendaftaran tamat, aku pun singgah di pasaraya Giant Maju Junction. Kira-kira pukul 11 pagi, aku bergerak ke Sogo untuk urusan membuat kad ATM Maybank. Sesampai sahaja ke situ, pegawai bank tu bagitau kat aku yang aku kena buat juga kad ATM Maybank di cawangan Maybank yang mula-mula sekali aku buka akaun. Adeh, kena pula gayanya aku balik ke Taman Sri Serdang! Sebab tempat tulah aku buat akun bank dulu. Pergi ke CIMB pula pun sama juga ceritanya. Tapi CIMB ni ada pengecualiannya juga. Kalau aku ada dokumen sokongan, aku tak perlu ke tempat cawangan asal. Merasalah aku membuat berjalan jauh ke Taman Sri Serdang dan Taman Tun Dr Ismail. Aku mcam nak cakap WTF je kat pegawai tu.



Aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah sebentar untuk mengambil dokumen yang perlu. Aku sampai kat rumah pukul 12 tengah hari. Selepas tu pukul 12.30 tengah hari aku bergerak ke Taman Sri Serdang menggunakan teksi. Urusan membuat kad ATM baru kat Maybank memang cepat. Aku tak perlu tunggu lama pun. Apa yang menyeronoknya aku dapat kad debit Maybank. Kad ni boleh guna keluarkan duit kat ATM dan buat bayaran kad kaunter pembayaran yang sama fungsi dengan kad kredit. Lepas dah siap tu, aku ke KL semula menggunakan bas Metro yang selalu aku guna semasa aku belajar di UPM dulu. Dah lama juga aku tak naik bas ni. Terkenang aku semasa belajar dulu. Sesampai aku kat KL Sentral, aku pun pergi mencuba nasib kat bank CIMB sama ada aku boleh buat kat cawangan tu. Sekali cuba boleh pula. Tak perlulah aku ke TTDI untuk membuat kad ATM CIMB. Kad ATM RHB pun aku buat kat KL Sentral je. Kejadian ini banyak memberi ikhtibar kepada aku. Aku pastikan kejadian seumpama ini takkan berlaku lagi.

0 comments: