Tuesday, June 22, 2010

Dompet Ku Hilang!

21hb Jun 2010 ialah tarikh aku telah kehilangan dompetku. Alkisahnya terjadi bila aku bergegas-gegas ke Mid V daripada tempatku bekerja di Seksyen 13, PJ. Setibanya aku di Mid V, aku pun mengeluarkan duit RM8 untuk membuat pembayaran kepada pemandu teksi. Kebiasaannya selepas aku keluar dari teksi, aku akan mengambil masa untuk memastikan tiada barang yang tertinggal. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam. Tapi pada masa tersebut, aku masih belum perasan dompetku hilang lagi sehinggalah sewaktu ingin membuat pembayaran di restoran Kenny Roger barulah aku mendapati dompet ku hilang. Hati-hatiku berdegup semakin kencang. Tidak!!!! Nasib baiklah masa tu ada Syuk and Mac. Terpaksalah aku telefon bank aku untuk sekat transaksi kad ATM dan kad kredit aku. Malam tu juga aku terus ke balai polis Mid V untuk membuat laporan. Berikut ialah barang-barang yang hilang dalam dompet tu:
1. Kad pengenalan
2. Kad ATM Maybank
3. Kad ATM CIMB
4. Kad ATM RHB
5. Kad kredit HSBC
6. Kad Kredit CIMB
7. Kad kredit Aeon
8. Kad keahlian Red Box
9. Kad keahlian Isetan
10. Kad keahlian Tesco
11. Wang tunai berjumlah RM80



Keesokan paginya iaitu pada 22hb Jun 2010, aku mengambil cuti EL. Pada pukul 930 pagi, aku ke Maju Junction untuk membuat kad pengenalan baru. Proses untuk membuat kad pengenalan sangat singkat sebab tidak ramai orang yang datang ke situ. Jadi aku tak perlu menunggu lama untuk proses pendaftaran. Pegawai JPN tu mengambil semua dokumen keterangan laporan polis yang aku buat semalam. Pegawai tersebut pun memberi tahu jumlah yang perlu di bayar. Sebaik sahaja dia memberitahu, aku pun terkejut, “Apa RM110?”. Ya, tulah jumlah yang perlu aku bayar wahai kawan-kawanku semua. Aku cuma berbekal RM100 je pada masa tu. Itu pun sebab ada orang pinjamkan duit kepadaku. Terima kasih dengannya sebab tanpa dia aku tak tau nak buat apa. OK, berbalik kepada pembayaran tu, pegawai tu pun memberi berkata, “Kalau encik tak dapat buat membuat bayaran sebanyak tu, encik boleh membuat bayaran sebanyak RM5 sahaja dahulu. RM110 tu boleh dibuat selepas menuntut kad pengenalan encik nanti. Tapi untuk pedaftaran offline ni, encik kena tunggu 6 bulan untuk dapat kad pengenalan baru encik. Paling cepat pun 3 bulan.” Aku pun terbeliak biji mata bila mendengarnya. Apa 6 bulan? Gila ke apa? Patutkah deorang buat aku macam ni? Nampaklah sangat kerajaan makan duit rakyat. Cekik darah betullah! Tak patutlah deorang buat macam ni!



Selepas urusan pendaftaran tamat, aku pun singgah di pasaraya Giant Maju Junction. Kira-kira pukul 11 pagi, aku bergerak ke Sogo untuk urusan membuat kad ATM Maybank. Sesampai sahaja ke situ, pegawai bank tu bagitau kat aku yang aku kena buat juga kad ATM Maybank di cawangan Maybank yang mula-mula sekali aku buka akaun. Adeh, kena pula gayanya aku balik ke Taman Sri Serdang! Sebab tempat tulah aku buat akun bank dulu. Pergi ke CIMB pula pun sama juga ceritanya. Tapi CIMB ni ada pengecualiannya juga. Kalau aku ada dokumen sokongan, aku tak perlu ke tempat cawangan asal. Merasalah aku membuat berjalan jauh ke Taman Sri Serdang dan Taman Tun Dr Ismail. Aku mcam nak cakap WTF je kat pegawai tu.



Aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah sebentar untuk mengambil dokumen yang perlu. Aku sampai kat rumah pukul 12 tengah hari. Selepas tu pukul 12.30 tengah hari aku bergerak ke Taman Sri Serdang menggunakan teksi. Urusan membuat kad ATM baru kat Maybank memang cepat. Aku tak perlu tunggu lama pun. Apa yang menyeronoknya aku dapat kad debit Maybank. Kad ni boleh guna keluarkan duit kat ATM dan buat bayaran kad kaunter pembayaran yang sama fungsi dengan kad kredit. Lepas dah siap tu, aku ke KL semula menggunakan bas Metro yang selalu aku guna semasa aku belajar di UPM dulu. Dah lama juga aku tak naik bas ni. Terkenang aku semasa belajar dulu. Sesampai aku kat KL Sentral, aku pun pergi mencuba nasib kat bank CIMB sama ada aku boleh buat kat cawangan tu. Sekali cuba boleh pula. Tak perlulah aku ke TTDI untuk membuat kad ATM CIMB. Kad ATM RHB pun aku buat kat KL Sentral je. Kejadian ini banyak memberi ikhtibar kepada aku. Aku pastikan kejadian seumpama ini takkan berlaku lagi.

Saturday, March 13, 2010

My Hero!

Wednesday, March 03, 2010

Flu and Fever

Hi, I am just recovering from the brutal flu and fever. It makes me to take MC for two days. It has been 7 months since the last time start working in PJ. Well, I hope that tomorrow I will start work.

I just bought new Nikon dSLR D5000. This is my first resolution and thank God I made it. There are six resolutions that I have to complete.

Wednesday, February 10, 2010

新年快乐!恭喜发财!

I would like to take this opportuinty to wish all my Chinese friends out there:
新年快乐!恭喜发财!

Monday, January 25, 2010

My 1st Blog of the Year for 2010!

I am not driven to post a blog until this time. My last post was on 30th November 2009. But why I am not determined to post a blog for this past two months? Below are the reasons why:

1. I have no idea to post a good blog and it may too tedious for some people.

2. I have a Facebook account and I can post my status there easier and faster compare blogging.

3. I have a hectic life nowadays and it makes me lazy to post a blog.

I still love my blog but these 3 reasons are the obstacles. This is my first blog for the year 2010.

Mentioning about the year 2010, I still have not configure my 2010 resolution. It is funny that everyone already has their resolutions and I still nothing to plan for 2010. Yes, I dare to say that my 2009 resolutions were not successful. I really make myself clear that my life is a mess. Do I have to learn something from there? Oh, well I am just a human and I always repeating my mistake! Should be that become my excuse then?

Alright, alright! I have to do this again. But this time I will make sure it happens. Yes, the time is running out so fast. So, I have another 11 months to go and here are my resolutions:

1. I will buy a new Nikon dSLR.

2. I will get a driving license (Sound funny, huh?).

3. I will bring my whole family for vacation.

4. I will try to get rid my credit cards and spend wisely.

5. I will change my poor eating habit to healthy eating habit.

6. I will make more work out and lose more weight.

Well then, I am hoping these are not just promises but guidelines that I must follow. Yatta!

Friday, November 20, 2009

Cuai Sangat!

Nasib baik aku tak jadi apa-apa tadi semasa aku baru balik dari kerja. Hampir dilanggar oleh motor. Aku hampir mengadai nyawaku hari ni. Kejadian berlaku kira-kira pukul 850 malam. Aku memang cuai tadi tak tengok jalan. Otak aku melayang seketika tadi sebab asyik terfikir nak sampai umah cepat je. Aku cuma tengok kenderaan yang lalu sebelah kiri aku je. Tapi kanan tak tengok langsung. Isk, isk, isk! Syukurlah aku selamat tadi. Aku dapat pengajaran hari ni; berhati-hatilah semasa melintas jalan raya. :-)

Monday, November 16, 2009

Newborn Family Members!

Mimi is a mother now. She has given birth to four cute kittens on 16th November 2009 but the time she delivered the babies is unknown. She delivered under my bed. I did not expected Mimi was giving birth to the kitten. I was at home for one whole day but I did not realize the sound was a kitten's meow. I only realized the kitten at 3 am on the next day. The kittens' names are not decided yet.

Tuesday, November 03, 2009

Silicone Case

Ah, dah lama tak melawat blog ni! Hari ni berkesempatan nak tulis blog. Rindu agaknya kot? Nak cerita pasal apa ek? Tak de idealah. Erm, tadi petang lepas habis kerja terus ke Sony Style Shop, KLCC. Tujuannya ialah untuk membeli silicone case untuk Sony Walkman aku yang sebelum ni terlanjang bulat. Yeah, hari ni dia dah ada baju! Siap ambik gambar lagi. Lagipun sayang kalau gajet ni bercalar sebab ni pemberian hari jadi aku yang ke-28. Dah tuakan? Gajet ni sangat istimewa buat aku. Jadi untuk menjaganya dengan baik, aku belikan dia baju hari ni bagi melindunginya.



Saturday, October 17, 2009

தீபாவளி வாழ்த்துக்கள்


I would like to take this opportuinty to wish all my Indian friends out there:

Happy Deepavali!

Tuesday, October 13, 2009

Hangin Lagi!

Hari ni aku cukup hangin dengan seorang staf perempuan yag bernama SP (nama di rahsiakan) kat ofis aku ni. Suka hati dia je nak reject user punya application untuk access hire purchase (HP) system. Pas tu user call back pas tu nak explanation kenapa dia access not granted untuk system tu. Sedangkan sebelum ni user tak perlu minta permission dari higher level kat company dia. Entah ape-ape aku jadi mangsa. Si SP ni sebenarnya malas nak check application user tu, then dengan sewenag-wenangnya dia reject dengan alasan no permission. Tu yang aku hangin, kalau sebelum ni okey je tetiba suka hati mak bapak dia je reject application user. Tapi aku peduli ape, aku suruh je si SP tu explain kat user. Habis riwayat dia. Haha! Ni bukan sekali dia buat hal, tapi dah ni kali kedua kena kat aku. Next time dia buat lagi nak log complaint terus diaa tak buat keje betul-betul.

Sunday, October 11, 2009

Happy Birthday to Me!

Happy birthday to me! Today I turned 28. I woke up in the morning and felt no well. Luckily, it turns to be another best moment in my life. Thanks God! Okay, I would like to thanks to all my friend who wish me the birthday wish. And those who give me the present, thanks a lot especially 'the gadget' present that I never expected to receive. :-D